TUJUAN DPMP DITUBUHKAN PADA 17 MEI 1957

Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) berdasarkan dan berteraskan kesenian Melayu dan kebudayaan Melayu. Ianya termasuk Membina dan mengembangkan bahasa, kesusasteraan dan kesenian Melayu ke arah mengukuhkan Kebudayaan Kebangsaan.

Saturday 15 October 2011

Perjuangkan Bahasa Melayu



Perjuangkan Bahasa Melayu 

RAUB – Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) Kawasan Raub memilih ‘Bidak-Bidak di Papan Perjuangan’ sebagai aktiviti terkini mengupas pengisian novel. 

Setiausaha DPMP Kawasan Raub, Baharudin Zakaria berkata, organisasi itu ditubuhkan bagi memperjuangkan bahasa, sastera dan budaya di daerah ini.

Menurutnya, majlis sederhana diadakan dengan disertai ahli jawatankuasa DPMP Kawasan Raub untuk berbincang mengenai novel pilihan hasil karya Hasanudin Mat Isa.

“Penulis adalah Pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Falah di Batu Talam yang juga Ketua Dua DPMP Kawasan Raub.

“Sehingga kini, puluhan novel dihasilkan beliau termasuk ‘Mereka Yang Tertewas’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menjadi teks mata pelajaran Kesusasteraan Melayu bagi SPM pada 90-an,” katanya kepada Sinar Harian.

Baharudin berkata, pertemuan bersama ahli jawatankuasa DPMP Kawasan Raub pada kali ini amat bermakna setelah tidak mengadakan sebarang aktiviti bagi tempoh yang lama.

Katanya, DBP bersama DPMP yang berpusat di Kuantan juga mencadangkan supaya DPMP Kawasan Raub menjadi tuan rumah bagi program diskusi seperti itu.

“Kita di sini perlu membuat persediaan awal supaya program besar dan bermakna seperti itu dapat dilaksanakan dengan baik.

“Selepas ini juga kita akan mempergiatkan lagi aktiviti seni budaya seperti membaca puisi, kursus penulisan sajak, cerpen, rencana, bicara karya, persembahan teater dan lagu puisi serta drama,” katanya.

Beliau berkata, atmosfera seni yang indah akan terus berkembang menyemarakkan suasana daerah ‘emas’ in
i.