TUJUAN DPMP DITUBUHKAN PADA 17 MEI 1957

Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) berdasarkan dan berteraskan kesenian Melayu dan kebudayaan Melayu. Ianya termasuk Membina dan mengembangkan bahasa, kesusasteraan dan kesenian Melayu ke arah mengukuhkan Kebudayaan Kebangsaan.

Saturday 26 November 2011

Bandar Kuala Lipis.



Bandar Kuala Lipis.
Sajak: Mohamed.M.Z.

Kuala Lipis bandar bersejarah
bekas penjajah
dibelenggukan hutan
mehijau suasana kawasan
penduduk aman damai.

Bukit bukau melata rata - rendah
binaan bangunan dipinggir kali sepi
sungai jelai bersua mesra dengan sungai lipis

     masjid perdaus tempat betafakur
     melangit tinggi menara
     kesejukkan
     membelah kedua bandar
     selantan keutara landasan keretapi

     timur barat jalan raya seusia
     bangunan lama berusia terlalu tua saka
     maseh gagah perkasa
     di bangga.

Jambatan dibina baru 
bangunan bandar k, lipis  baru
penduduk  bersemangat jiwa baru terharu
setelah tanah air dikuburkan
menjadi korban keadaan semasa.


Desa Perian K,Lipis Pahang.

dua belas hb,april,tahun 2008.



dua belas hb,april,tahun 2008.
sajak: Mohamed.M.Z.

Pagi tidak pagi
ku berada dipulau mutiara,
disinilah
saudara kandungku
Badaruddin bin Mat pergi buat selama-lama.
tanpa menyinari lagi buana ini
kini dingin.

Hanya
hanyaku memandikan jenazah
              mengapankan jenazah
              sembahyang jenazah.

Jenazah dibawa ketanah perkuburan
ku kebumikan dalam kesedihan......
ku taburkan bunga
bunga diatas perkuburan
bau tiada  wangi lagi diawan-awan.

Hanyaku tutupi dengan doa
agar dia bahgia,
dipintakan hapus semua dosa
dibangkitkan nanti masuk Surga.


12.4.2008.
pulau pinang.