TUJUAN DPMP DITUBUHKAN PADA 17 MEI 1957

Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) berdasarkan dan berteraskan kesenian Melayu dan kebudayaan Melayu. Ianya termasuk Membina dan mengembangkan bahasa, kesusasteraan dan kesenian Melayu ke arah mengukuhkan Kebudayaan Kebangsaan.

Saturday 5 March 2011

PANITIA DEWAN PERSURATAN MELAYU PAHANG (DPMP) 2011/2012

PANITIA DEWAN PERSURATAN MELAYU PAHANG (DPMP) 2011/2012

            Pada 5 Mac 2011, Jam 10.00 pagi di Taman Budaya Negeri Pahang, Kuantan telah diadakan Mesyuarat Agung DPMP Negeri. Kehadiran perwakilan kurang memberangsangkan, walau bagaimanapun, wakil dari Kuantan, Raub dan Maran berjaya menyelamatkan nyawa DPMP Negeri, dan akan terus bergerak mengapai cita-cita sebagaimana dalam Perlembagaan DPMP memajukan bahasa, sastera dan seni Melayu di Negeri Pahang Darul Makmur. Antara tokoh yang dipilih untuk melayari bahtera DPMP 2011.2012 ialah:

Ketua Satu: Dato Dr Mohd. Mansor Abdullah (M.Asyikin)
Timbalan Ketua Satu: Dato Haji Zainuddin Haji Jumaat
Timbalan Ketua Dua: Baharuddin Mohd. Sidi (Baharuddin CD)
Setiausaha Satu: Mohd. Hashim Ismail
Setiausaha Dua: Mohd. Arif Talib
Bendahari: Haji Abd. Rahman Yusof (A.Rahman Yusof)
Pegawai Seranta: Subari Ahmad ( Arisel Ba )
Ahli-Ahli J/kuasa: 1. Dato Haji Sheikh Badar Sheikh Embong
                                2. Haji Burhanuddin Abu Bakar
                                3. Abu Bakar Ahmad
                                4. Hasanuddin Md Isa (Hasanuddin Isa)
                                5. Harun Othman
AJK Lantikan Ketua Satu: 6. Dr. Aminuddin Mansor ( Ami Masra)
                                          7. Zubaidi Abas (DBP Sabah)
Pemeriksa Kira-Kira: 1. Haji Mohd. Nordin Salleh
                                  2. Saedah Sharif