TUJUAN DPMP DITUBUHKAN PADA 17 MEI 1957

Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) berdasarkan dan berteraskan kesenian Melayu dan kebudayaan Melayu. Ianya termasuk Membina dan mengembangkan bahasa, kesusasteraan dan kesenian Melayu ke arah mengukuhkan Kebudayaan Kebangsaan.

Monday 7 March 2011

SENYUM MENTARI

SENYUM MENTARI
Haiku: Arisel Ba


Jerit pepohon
Kemarau, rumput kering
Katak berdoa

Senyum mentari
Helang terbang melayang
Katak dan hujan

8 Mac 2011
Kuantan, Pahang

BERMAINLAH ANAK

BERMAINLAH ANAK
Sajak: Hasanuddin Md. Isa

Bermainlah anak sepuas hati
dari pagi ke petang kau di situ
pugarlah pasir pantai mengikut rasa
bangunkan sebuah istana
yang tergambar di hatiku
atau sebuah kota impian
yang kaulihat dalam mimpimu.

Kelak pabila kausudah puas bermain
tolehlah ke laut lepas untuk mencari jawapan
apakah benar istana pasirmu semegah
sebaris istana pasir sepanjang pantai
atau apakah kotamu kukuh utuh
tika ombak datang menyapa nanti senja.

Bermainlah sepuasnya anak kerana
esok kau akan menjadi dewasa
darjatmu bukan pemain gila seperti ini
kerana kau itu akan mentadbir istana dan kota.

16.10.2011
Sempam Baru,
Raub