Bengkel Penulisan Kreatif DPMP 2012 khas untuk bakal-bakal penulis
dikalangan remaja akan diadakan pada 9 hingga 11 Mac 2012 di Sek Men
Agama Al-Falah Batu Talam Raub dengan memberi fokus kepada penulisan
puisi, cerpen, novel dan penulisan berita
dan rencana. Perasmian pada malam 9.2.2012 disempurnakan oleh YB Dato
Abdul Aziz Haji Kiram, ADUN Batu Talam manakala Majlis Penutup dan
Penyampaian Sijil akan disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran daerah Raub.
Seramai 50 orang peserta dijangka hadir. Mesyuarat J/Kuasa Pengelola
telah bermesyuarat pada 23.2.2012 di Pej. Pelajaran Daerah Raub jam 2.30
petang dipengerusikan oleh Ketua Dua DPMP Dato Haji Zainuddin Haji
Jumaat.