TUJUAN DPMP DITUBUHKAN PADA 17 MEI 1957

Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) berdasarkan dan berteraskan kesenian Melayu dan kebudayaan Melayu. Ianya termasuk Membina dan mengembangkan bahasa, kesusasteraan dan kesenian Melayu ke arah mengukuhkan Kebudayaan Kebangsaan.

Monday 1 August 2011

APABILA BUNG BECA BERCERITA MENGENAI PENGHIDUPANNYA, DI PALEMBANG

APABILA BUNG BECA BERCERITA
MENGENAI PENGHIDUPANNYA,  DI PALEMBANG
Sajen: Arisel Ba

Ketika aku mandiri dan mundar-mandir
antara benteng Sungai Musi dan Pasar 16,
Bertemu aku dengan seorang Bung Beca
lalu berkenalan, dan aku bertanya
mengenai penghidupannya di Kota Palembang

Bung Beca mula bercerita:                            
  Masa berkehidupan makmur sewaktu
Sukarno dan Suharto menjadi Presiden!,
Tatkala Habibie, Gusdur dan Megawati
menjadi Presiden, penghidupan yang
aku alami paling mendukacitakan,!”

“ Kenapa Bung Beca kata begitu, “
Aku segera mencari tahu cerita sebenarnya

“ Begini ceritanya,”  Bung Beca suara
bagai berbisik berkata, “ Zaman Sukarno,
Aku masih bocah, hidupku makmur dipelihara
kedua orang ibu bapaku, zaman Suharto,
Hidupku tambah bahagia kerana aku
dikahwinkan dengan pacar sedesa
oleh ibu bapaku, meriah seluruh warga!,”

Bung Beca terus menyambung ceritanya,
 Tetapi bila pada zaman Habibie, Gusdur
dan Megawati, kehidupan paling buram
aku rasai, kesusahan dan kemiskinan
selalu datang menerpa bertimpa-timpa,
Bayangkan, aku harus membanting tulang
siang malam bekerja demi meneruskan
kehidupan kami sekeluarga, isteri dan
lima orang anak, ya, zaman sekarang
aku akan bekerja, baik halal atau haram.”

Apabila aku bertanya lagi bagaimana
kehidupan Bung Beca ketika SBY menjadi
Presiden, dengan tersedu dia mengakhiri
ceritanya: “ Usahkan kerja halal dan
dihalalkan, kerja yang haram dan
diharamkan pun sukar amat mendapatnya,!”

20 Julai 2011,
Kota Palembang,
Sumatera Selatan