TUJUAN DPMP DITUBUHKAN PADA 17 MEI 1957

Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) berdasarkan dan berteraskan kesenian Melayu dan kebudayaan Melayu. Ianya termasuk Membina dan mengembangkan bahasa, kesusasteraan dan kesenian Melayu ke arah mengukuhkan Kebudayaan Kebangsaan.

Saturday 5 March 2011

PANITIA DEWAN PERSURATAN MELAYU PAHANG (DPMP) 2011/2012

PANITIA DEWAN PERSURATAN MELAYU PAHANG (DPMP) 2011/2012

            Pada 5 Mac 2011, Jam 10.00 pagi di Taman Budaya Negeri Pahang, Kuantan telah diadakan Mesyuarat Agung DPMP Negeri. Kehadiran perwakilan kurang memberangsangkan, walau bagaimanapun, wakil dari Kuantan, Raub dan Maran berjaya menyelamatkan nyawa DPMP Negeri, dan akan terus bergerak mengapai cita-cita sebagaimana dalam Perlembagaan DPMP memajukan bahasa, sastera dan seni Melayu di Negeri Pahang Darul Makmur. Antara tokoh yang dipilih untuk melayari bahtera DPMP 2011.2012 ialah:

Ketua Satu: Dato Dr Mohd. Mansor Abdullah (M.Asyikin)
Timbalan Ketua Satu: Dato Haji Zainuddin Haji Jumaat
Timbalan Ketua Dua: Baharuddin Mohd. Sidi (Baharuddin CD)
Setiausaha Satu: Mohd. Hashim Ismail
Setiausaha Dua: Mohd. Arif Talib
Bendahari: Haji Abd. Rahman Yusof (A.Rahman Yusof)
Pegawai Seranta: Subari Ahmad ( Arisel Ba )
Ahli-Ahli J/kuasa: 1. Dato Haji Sheikh Badar Sheikh Embong
                                2. Haji Burhanuddin Abu Bakar
                                3. Abu Bakar Ahmad
                                4. Hasanuddin Md Isa (Hasanuddin Isa)
                                5. Harun Othman
AJK Lantikan Ketua Satu: 6. Dr. Aminuddin Mansor ( Ami Masra)
                                          7. Zubaidi Abas (DBP Sabah)
Pemeriksa Kira-Kira: 1. Haji Mohd. Nordin Salleh
                                  2. Saedah Sharif

14 comments:

  1. selamat bertugas dalam menjayakan misi dpmp...

    ReplyDelete
  2. Tahniah saudara Pegawai Seranta. Berita DPMP sudah mula tersebar di alam maya. Gah dan gegak gempita mula bergegar. Diharapkan semuanya baik-baik saja. Cuma saya selaku ahli dan penggiat DPMP mengharapkan pegawai seranta tulislah apa saja yang baik tapi harus senada dengan DPMP. Takut nanti kalau tidak seia sekata, ada yang tersinggung. Selamat bekerja.

    ReplyDelete
  3. Saya memang dari spesies yang taksebulu, senada dan sekata dalam menegakkan DPMP. Saya ada cara sendiri untuk memeratabatkan DPMP Jika ada tersinggung, sila pecat dan buang saya dari jawatan Pegawai Seranta DPMP. Saya tak langsung ada kepentingan pribadi. Sejak saya jadi SUA dari 1983 - 1993, rasanya tak berlaku untuk saya dianugerahkan bintang kebesaran Pahang atau penobatan sasterawan Pahang.

    ReplyDelete
  4. Salam tahniah sdra,
    saya ini sudah tua
    hendak bergiat tiada upaya.

    Saya ada meng-email satu cerita
    Dongeng Awang Biji Nangka
    sudahkah tuan terima.

    ReplyDelete
  5. artikel Awang Biji Nangka belum diterima lagi. Sila emel ke dpmp238_pahang@yahoo.com segera

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt

    Pucuk pauh delima batu
    Anak sembilang di tapak tangan
    Niat saya hanya satu
    Ingin mengukuhkan persaudaraan

    Saya berminat untuk menubuhkan Kelab Kesenian dan Kesusasteraan di institusi saya. Oleh yang demikian saya ingin mendapatkan maklumat berkenaan DPMP seperti alamat, pegawai yang boleh saya hubungi dll.

    Wassallam.

    Mohd Azman bin Mohd Alwy
    Jabatan Pengajian Am
    Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
    Semambu
    25350 KUANTAN

    0139366162

    ReplyDelete
  7. Sdra Mohd Azman:
    Sila berhubung dengan Sdra Che Hashim Ismail, Jabatan Pelajaran Pahang, Bandar Indera Mahkota, Kuantan

    atau telefon:

    013-9803871

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. dpmp
    ku berdoa berharap
    agar dpmp terus bermaya dipersada dunia dewasa ini
    kemerahan,putih hitam,putih hijau,
    kehijauan,

    selamat maju jaya.

    terima kaseh.


    mohamed bin mat
    (mohamed.M.Z.)
    8.10.2002.
    DESA PERIAN
    KUALA LIPIS PAHANG,

    ReplyDelete
  10. mahayuddinmohamedmat@yahoo.com
    Mohamed bin Mat 3.11.2011.
    Mohamed.M.Z.

    Hantar karya ke emel
    dpmp 238 pahang@yahoo.com,

    Pada 31.10.2011,sudah dihantar 2 kuntum puisi
    berjodol,Bandar Kuala Lipis.
    2,Dua belas hb,april 2008.

    diharap dalam penerimaan.

    =kegagalan bukan berarti kejatuhan.

    sekian terima kaseh

    Mohamed.M.Z.
    desa perian
    batu 10,jalan pg,tengku.
    27200.kuala lipis.pahang.

    ReplyDelete
  11. Maaf, anda telah salah tulis emelnya. Ini yang betulnya. Hantar karya ke emel: dpmp238_pahang@yahoo.com

    Mohon hantar sekali lagi

    ReplyDelete
  12. Saya sudah menghantar karya sebanyak 2 kali di email dpmp238_pahang@yahoo.com melalui alamat email saya t.hanss@yahoo.com.

    Harap disemak semula sebetulnya.

    ReplyDelete
  13. mahayuddinmohamedmat@yahoo.com
    mohamed bin mat.
    (mohamed,m,z.)

    Pada 24,12,2011,saya menghantar puisi (sajak)keemail dpmp238_pahang@yahoo.com,
    Berjodol,1,doa,2hari pertunangan diharap dalam penerimaan
    Sekian terima kasih,

    Mohamed.M.Z
    desa perian
    batu 10,jalan pdg tengku
    27200 kuala lipis pahang.
    31,1,2012.

    ReplyDelete