KLINIK PENULIS SAJAK DAN
DEKLAMATUR
Dewan Persuratan Melayu
Pahang (DPMP) bersama Koperasi Warga Sejahtera Raub Berhad (KWSRB) ,Perpustakaan
Awam Cawangan Raub dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Tengah merancang
untuk menganjurkan Klinik Penulis Sajak dan Deklamatur yang akan bermula pada 10
Mei 2012. Peserta berusia 18 tahun ke atas dipecahkan kepada dua grup iaitu
grup tulis sajak 20 orang manakala grup deklamator 20 orang. Aktiviti ini diadakan
berselang setiap hari Jumaat dari jam 4 ptg hingga 1.15 ptg di Perpustakaan
Awam Raub, Raub, Pahang. Pemudah cara: Arisel Ba dan Hasanuddin Md. Isa.
Bapak Sasterawan Negara Dato Kemala bagi sesi Tulis Sajak dan Bapak Puzi Hadi
bagi Deklamasi Sajak. Majlis
Persembahan dan Penyampaian Sijil akan diadakan pada 27 Julai 2012 di Dewan
Jubilee Raub, Raub, Pahang
Bayaran kepada peserta Penulis Sajak: RM100
Bayaran kepada peserta Deklamatur Sajak: RM100
Peserta yang menjadi ahli Perpustakaan Awam Raub atau Ahli Koperasi Warga
Raub Sejahtera akan diberi diskaun 50%.
Peserta akan dibekalkan dengan nota kuliah ikut modul yang disediakan di
samping sijil, latihan praktikal dan peluang menerbitkan buku sajak dengan
Semua Peserta dimestikan membawa komputer buku setiapkali hadir kuliah.
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) atau Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP).
Permohonan boleh dikemukakan kepada saya di inbox Fesbok atau e-mel: subari@hotmail.my
sebelum 30 April 2012. Pemilihan peserta bergantung kepada siapa dulu membuat
permohonan.
Daripada: Subari Ahmad @ Arisel Ba
Pegawai Seranta DPMP
No comments:
Post a Comment