Ramadan, sebiji kurma
Seteguk air zam-zam.
Sajak: Ami Masra
Tinggi dan luasnya
anugerah Tuhan
Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana
mengatur hidup manusia
beriman beribadah kepada-Nya.
Ramadan dihamparkan
tersirat fadilat keberkatan
buat umat terkemudian
menggandakan pahala
berjihad melawan hawa nafsu
dan godaan syaitan.
Ramadan, berbuka kita
sebiji kurma nikmatnya
air zam-zam fadilatnya
rahsia dalam kenikmatan
menghilang lapar kehausan.
Subur semangat cintakan
ibadah terus mendekatkan
diri sujud kepada Tuhan
sejuk damai nikmat iman.
Seribu ilmu penyuluh hidup
sebanyak amal bekalan perjalanan
secantik akhlak hiasan kejiwaan
akhirat juga akhirnya kehidupan.
UKM, Bangi, Selangor.
No comments:
Post a Comment