TUJUAN DPMP DITUBUHKAN PADA 17 MEI 1957

Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) berdasarkan dan berteraskan kesenian Melayu dan kebudayaan Melayu. Ianya termasuk Membina dan mengembangkan bahasa, kesusasteraan dan kesenian Melayu ke arah mengukuhkan Kebudayaan Kebangsaan.

Tuesday, 28 June 2011

POTONG API



POTONG API

        : Nostalgia bertugas

            dengan LLN ( 1973 – 1983 )

Sajen: Arisel Ba

 

 

Selepas mereka terbangun daripada mimpi

Isterinya tangkas memeluk leher suami

Lalu berkata, “ Ayang, saya sudah sebulan

Tidak datang bulan, tetapi belum pasti,”

“ Kita berkahwin sudah empat bulan,

Nanti kita jumpa doktor, “ riang suaminya

“ Ini rahsia kita sehingga dapat kepastian”,

Tukas suaminya sambil memeluk erat

 

Suatu hari muncul seorang Pekerja TNB

Lalu memberi salam, bila pintu dibuka,

“ Ini rumah Encik Imran Ismail?”

“ Ya, saya isterinya, ada apa? Encik.”

“ Puan, sudah lewat sebulan, saya tidak

Boleh tunggu lagi, nanti bos saya marah!”

Kata Pekerja TNB itu lagi

 

Dengan wajah terkejut, isteri Imran menjawab,

“ Apa?, encik tahu saya lewat sebulan?”

“ Kini zaman IT, semua ada dalam komputer

Kami boleh semak maklumat dengan cepat

Secara ‘online’ , “ sambung Pekerja TNB lagi

 

Isteri Imran terkejut beruk, “ Apaaaa? …

Saya lewat sebulan awak semua boleh tahu?”

Isteri Imran menyinga lalu cuba ditenteramkan

“ Relaks puan, puan baru lewat sebulan,

Ada jiran sebelah sana lewat enam bulan.”

Isteri Imran tambah terperanjat, “ Saya akan

Tunggu suami balik, nanti akan bincang!”.

Pekerja TNB itu pun beredar dari rumah Imran

 

Keesokan harinya, pagi lagi Imran ke Kedai TNB

Dengan marahnya selepas keluar dari keretanya,

Dia bertempik, “ Apa hah kamu semua ini,

Isteri saya lewat sebulan, heboh satu dunia,

Cerita dalam 'Internet '- fesbok

Awak semua tak berbini dan berkeluarga ke?

Takkan takpernah lewat sebulan?

Bisnes apa kamu buat hah?, nak kena saman ke?,”

Marah betul Imran pada pagi itu depan kedai TNB

 

“ Sabar encik Imran, sabar, apa yang susah

Nak selesai, bayar aje,” pujuk Pekerja TNB itu

Imran berang, “ Apa? Nak bayar? Boleh blahhh!”

 

“ Oke, kami terpaksa potong!, Pekerja TNB hilang sabar

Imran lagi marah, “ Apa? Potong? Nanti isteri saya

Dekat rumah nak pakai apa? Hah, bahlul kamu semua,”

 

Tiba-tiba serentak lebih sepuluh Pekerja TNB

Di perkarangan Kedai TNB Menjawab,

“ Isteri encik kena pakai lilin, “  mereka ketawa.

 

 

28 Jun 2011,

Kuantan, Pahang


6 comments:

  1. Nostalgia oh! nostalgia.

    Saya telah meng-email sebuah cerita "Restoran Mamak" tetapi pihak pengelola jawab dpmp238-pahang yahoo,com tiada respons.

    Jadi saya serik meng-email lagi.

    ReplyDelete
  2. Bong, yang betul, emel: dpmp238_pahang@yahoo.com. Cuba lagi, kami tunggu. Bukan kena bayar pun

    ReplyDelete
  3. Saya cukup berminat dengan artikal mengenai Sejarah Temerloh dan Kuala Semantan kurun ke15 serta tulisan en hashim zabidi artikal dimana hujung sg pahang dan saya telah membawa kedua2 artikal tersebut ke blog saya dengan tujuan untuk menyibarkan maklumat tesebut kepada umum,untuk itu saya telah menghubung artikal tersebut dengan blog tuan,sekiranya pehak tuan tidak bersetuju saya besedia untuk " delete " artikal tersebut,sekali lagi saya mohon maaf..

    ReplyDelete
  4. Tuan boleh lawat Artikal tersebut yang saya beri nama " SEJARAH TEMERLOH DAN DIMANA HUJUNG SUNGAI PAHANG Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. En. hazis, salam,

    Saya tiada halangan jika tuan berhasrat untuk menyebar ulasan saya terhadap entri DPMP bth 28 Apr.2011 tulisan Dr Aminudin Mansor, bertajuk 'Perkataan KOI asal dari Jeram Koi'

    ReplyDelete