ORANG PENSIUNAN
: Menanti Tarikh Pensiun 11 Ogos 2011
Sajak: Arisel Ba
Empat kitaran bulan, isteri dan tujuh anak, empat menantu dan empat cucu, ingin aku khabarkan: sempurna sudah khidmat aku kepada Melayu, Islam dan Malaysia, izinkan aku mulai membelai aksara, menyempurnakan doa kulawarga Rao di setiap belai lembut dan titik air mata di sela tangis dan tawa sejak aku menjadi penjawat awam sehingga tidak mampu aku menulis autobiografi kerjaya aku dengan kata demi kata tercipta dari buana cahaya. Tatkala aku masih bertatih mengeja huruf-hurufMu, ya Allah, sebab mata aku masih rabun bertabir kabus dalam cuaca sentiasa berubah. Dan izinkan aku mencerminkan diri pada danau matamu yang kemilau sejuk dan dalam, dan menimba bijaksana semesta yang dititipkan pada teras kehidupanku. Dalam tempoh 38 tahun aku berkerjaya, aku bagaikan anak kecil lagi kerdil yang bersembunyi di sebalik topeng usia. dan kepadaMu, ya Allah, aku masih setia belajar memahami cinta, lebih dari sejuta makna yang terungkap oleh aksara.
18 April 2011,
Kuantan, Pahang
Kawan!
ReplyDeleteketahuilah bahawa
Mati itu benar
BERSARA juga benar.
Ada talkin pemisah
buat penempa sejarah
jangan resah jangan gelisah.
11 Ogos bukan hari laknat
penamat garis khidmat
penuh rahmat dan keramat.
Selamat masuk ahli
ReplyDeletepersatuan pesara.
Jangan gundah gulana
segalanya gembira.
Saya dah pencen 5 tahun
masih terasa muda
sibuk sentiasa.
Nantikan hari MERDEKA.
Kumpul amal pahala
biar berganda.
Aminudin mansor@ Ami Masra