TUJUAN DPMP DITUBUHKAN PADA 17 MEI 1957

Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) berdasarkan dan berteraskan kesenian Melayu dan kebudayaan Melayu. Ianya termasuk Membina dan mengembangkan bahasa, kesusasteraan dan kesenian Melayu ke arah mengukuhkan Kebudayaan Kebangsaan.

Saturday, 4 June 2011

GARAM SEGENGGAM



GARAM SEGENGGAM
Sajak: Arisel Ba


Adakah kalbuku hanya sebiji gelas
Sejak remaja, dewasa hingga warga emas
Kerana dalam menjana kulawargaku
Bagai setandang kelapa di pinggir grahaku
Rasa airnya ada tawar, ada payau, ada manis

Baru-baru ini aku mengunjungi guru tarekat
Di Mapattunggul-Rao, Sumatera Barat
Mualim mengusap rambutku lalu berkata:
Mana lenyapnya wajah syukurmu, usah hiba
Kerana di bumi Allah ini hidup indah belaka

Anakku, kata Mualim: ambilkan garam segenggam
Dan isikan ke dalam sebiji gelas berisi air suam
Kau sebatikan, dan minumlah, apakah rasanya?
Aduh, masin kelat pahit, perutku mual loya
Itukah menjadi masalah mengurus kulawarga?

Anakku, kata Mualim: tebarkan garam segenggam
Ke danau itu, kemudian airnya kau minum
Wahai guruku, air danau ini rasanya sejuk segar
Tidak pun rasa masin walau ditebarkan garam
Dan air liurku yang masin juga menjadi tawar

Wahai guruku,air danau ini sejuknya merayap azam
Anakku, kata Mualim: hidup kita bagai masin garam
Kalbu kita dijadikan Allah, bagai gelas atau danau
Dari itu kau pilih danau di kalbumu, itu qadar Allah
Redalah rezeki dariNya, bermunajat dan bersyukurlah

4 Jun 2011,
Kuantan, Pahang

No comments:

Post a Comment